Wednesday 17 August 2011

Chocolate Fountain: Pasar Karat

Lebih kurang dalam pukul 9.30 malam semalam, kami jalan-jalan di Pasar Karat, Johor Bahru. Niat saya mahu belikan barang mainan sebagai hadiah buat anak saudara manakala si dia berkeinginan mendapatkan novel baru. Namun tanpa disangka kami dipertemukan dengan gerai Chocolate Fountain seperti gambar di bawah.



Saya beranggapan ia diusahakan oleh sepasang suami isteri memandangkan kelihatan seorang kanak-kanak kecil disamping mereka. Cukup rare perniagaan mereka memandangkan ia dijual di tapak pasar malam. Pertama kali la saya jumpa tu. Buffet di hotel pun jarang ada. Gerai mereka kecil sahaja namun tidak putus-putus orang datang membeli. Bertapakkan sebuah meja kecil yang mana tarikan utama datangnya dari mesin cokelat terjun tersebut. Dihidangkan bersama sebagai menu jualan adalah buah anggur merah segar (RM 3 secucuk / 4 biji), marshmallow (RM 2 secucuk / 3 ketul) dan juga biskut kering (RM 2 sekotak).


Kami beli 2 cucuk marshmallow. Itu tangan si dia ya wahai pembaca sekalian :)

Masuk ja marshmallow dalam mulut boleh terus terasa sedapnya chocolate coating tu. Texture marshmallow lembut gebu dan lemak manis secukup rasa. Walaubagaimanapun maaf, kami terlupa hendak tangkap gambar anggur dan biskut kering.


Kami turut beli 2 botol minuman berperisa tembikai susu daripada gerai berhampiran yang berharga RM 2.50 sebotol. Terdapat juga perisa strawberi dan buah campur. Sangat layan diminum kerana ia telah tersedia cukup sejuk.


*mr. sharing-is-caring
     

No comments:

Post a Comment