Tuesday 13 September 2011

Romance Delicacy: KSL City Mall


 Semalam kami singgah di Romance Delicacy di KSL City Mall, Johor Bahru. Asalnya sekadar melihat-lihat apa yang dijual tapi akhirnya kami duduk sambil menikmati juadah masing-masing.

 Jika dilihat sekilas pandang, saya langsung tak sangka yang kiosk jualan pelbagai jenis kek tu adalah merupakan sebuah restoran makanan berasaskan kek. Saya kata camtu sebab semua kek yang dijual diletakkan di luar restoran di dalam kiosk bercermin kaca. Ingatkan sekadar beli dan bungkus bawa balik tetapi sebenarnya di dalam sedikit disediakan ruang makan yang agak selesa. Ada kerusi single dan ada kerusi panjang. Hiasan restoran cantik juga.

Ini ruang makan di luar restoran manakala di dalam pula disediakan kerusi kusyen panjang.
 

 Saya order Tiramisu dan si dia order Chocolate Cream kek. Kek tersebut djual dalam bekas plastik keras seperti gambar di bawah. Order dulu nanti pekerjanya akan hantar ke meja pelanggan termasuk minuman ringan yang bole juga diorder di kiosk yang sama.
Saya punya ni Tiramisu.
Si dia punya Chocolate Cream  =)
View dari luar cermin kaca.

           Bagi saya nak kata sedap sangat tu tak la jugak. Sebab tahap moistnya kurang. Tapi dari segi presentation kek, saya bagi markah tinggi la  :)  senang nak makan, sudukan ja ke dalam mulut. 1 kek tersebut berharga RM 5.50. Saya terlupa dah restoran tersebut terletak di aras mana. Yang saya ingat, ia 1 aras dengan MBO Cinema dan rasanya bersebelahan ja dengan MBO Cinema tu. At least cuba dulu.

*mr. sharing-is-caring

No comments:

Post a Comment