Wednesday 21 September 2011

House of Chicken Rice: Bandar Baru Uda


Semalam Miss S-I-B dan saya singgah di House of Chicken Rice di Bandar Baru Uda. Sebenarnya kami bukanlah berniat menuju ke sana pun namun setelah jalan-jalan pusing-pusing kawasan tersebut, kami kata apa salah singgah dan cuba kan  :)

Tempatnya elok, bersih dan kemas seperti baru dibuka namun menurut pekerja di situ, ia telah beroperasi selama 4 tahun dah. Dia siap tanya, "baru kali pertama datang ke ?" hehe ketawa kami.

Ruang makan di dalam restoran yang selesa berhawa dingin.

Menu untuk Value Meals. Di belakang pula ada ala carte seperti biasa.

Kami sepakat nak Set B dengan pilihan ayam panggang (roast) dan sayur taugeh (bean sprout). Manakala minuman ringan bergas kami tukar dengan air jus oren.

Sekilas pandang menu tersebut kami terus teringatkan restoran makanan segera terkenal yakni The Chicken Rice Shop. Ini adalah kerana menu yang disediakan seakan hampir sama dengan TCRS. Cumanya di HOCR ni terdapat juga pilihan makanan sampingan di dalam menu yang berbeza seperti makanan bergoreng tempatan (nasi, mi dll), mungkin sebagai strategi bijak untuk menarik lebih ramai pelanggan datang menjamu selera.

Tudiaa nasi ayam kami dah sampai. Perhatikan Pai Tee di sebelah kiri gambar, Di asingkan bahan isi dia. Miss S-I-B kata mungkin untuk mengekalkan kesegarannya dan mengelakkan ia dari lembab/lembik sekiranya sedari awal dah siap isiannya. Angguk saya setuju hehe. Bebola ikan Sai To belum sampai maka tak kelihatan dalam gambar.

Apabila dikira pelbagai aspek seperti restoran yang elok-kemas-bersih-selesa-nyaman, pelayan yang attentive dan mesra, makanan cepat sampai dan harga yang berpatutan dengan service yang diberikan, kami berdua sebulat suara setuju puas hati dengan HOCR tu. Perbelanjaan penuh kami adalah RM 26.15 termasuk cukai 5 % maka sila la singgah ya  =)

*mr. sharing-is-charing

No comments:

Post a Comment