Sunday 2 October 2011

Odeen Corner: Larkin Jaya

Seperti biasa saya dan Miss S-I-B keluar mencari tempat makan yang baru. Sebelum tu saya ada google dan jumpa kedai makan bernama Odeen Corner di Larkin Jaya. Kami sebenarnya tak tahu lokasinya maka kami main jalan-jalan ja namun tuah menyebelahi kami bila mana dengan 2 3 kali selekoh ja dah jumpa tempatnya  :)

Ia terletak di tepi jalan besar maka mudah untuk pelanggan melihat papan tanda restoran. Tiada tempat khas untuk meletak kereta tapi tak apa. Tak jadi masalah. Boleh parking kereta di sepanjang bahu jalan. Kami datang awal lebih kurang 8.15 malam. Pelanggan masih kurang. Meja dan kerusi keluli seperti gambar di bawah.


Melihatkan kepada buku menu, menampakkan Odeen Corner menekankan kualiti kerana buku menu tersebut menggunakan kertas tebal dan paparan yang cantik serta kemas. Menu yang disediakan berbentuk "Set" sebagai pilihan, makanan bergoreng tempatan, makanan laut dan makanan barat. Mereka juga menyajikan Durian Goreng sebagai tarikan utama. Tanpa berlengah saya order Nasi Goreng Daging Tomato dan air Nescafe Ais manakala Miss S-I-B pula Nasi Goreng Cendawan berserta Fresh Orange.

Kiri bawah: Nasi Goreng Daging Tomato. Kanan atas: Nasi Goreng Cendawan.

Garnish makanan boleh tahan. Air pula dihidang dalam gelas kaca tinggi. Namun bagi kami, kualiti rasa makanan "bole la nak makan". Senang cakap, rasanya ala kadar ja. Kami hairan, kami order nasi goreng yang berbeza tapi nasi goreng kami sama saja. Sama rupa. Sama rasa. Cuma berlainan lauk tambahan yang mana saya daging dan Miss S-I-B cendawan. Pelik tapi benar  :)

Nasi goreng kami masing-masing berharga RM 5 dan jumlah termasuk minuman adalah RM 14.10. Apa yang saya komen ni adalah dari pengalaman kami. Mungkin di masa lain dan orang lain, komennya berbeza. Antara lain Odeen Corner menyediakan kemudahan take away dengan hanya menelefon untuk order dan juga sudah ada cawangan baru iaitu di Taman Setia Indah.

*mr. sharing-is-caring

No comments:

Post a Comment