Tuesday 22 November 2011

Mee Rebus Hj. Wahid: Plaza Angsana

Entri kali ni sepatutnya disiapkan pada tarikh yang sama dengan entri Miss S-I-B sebelum ni, kerana kami berdua ke Plaza Angsana, Tampoi menikmati Gloria Jean's Coffees dan juga Mee Rebus Hj. Wahid. Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, entri saya ni lambat sedikit disiapkan.


Mee Rebus Hj. Wahid boleh ditemui di bahagian medan selera di sebelah tepi/luar Plaza Angsana. Ia memang sudah terkenal bagi penduduk JB. Lazimnya pelanggan perlu beratur panjang untuk menikmati mee rebus mereka. Apapun nasib kami baik sebab masa kami sampai tu, pelanggan tak lah ramai lagi. Meja untuk duduk makan pun senang dapat, berdepan ja dengan kedai mereka.

Cara untuk order senang saja. Oleh kerana sistem order tak guna konsep pelanggan duduk, pelayan datang cari pelanggan untuk dapatkan order kemudian pelayan hantar makanan ke meja pelanggan seperti biasa maka pelanggan akan beratur sendiri dan apabila sampai giliran memasing, order ja. Serta merta pekerja kedai akan sediakan mee tu. Harga sepinggan RM 3.50. Saya tengok ada beberapa pelanggan yang order take away sampai 5 6 bungkus sekali. Saya order dua pinggan. Kejap ja dah siap. Mereka juga ada jual Otak-Otak. Ada pelanggan beli sampai 3 4 bungkus beg plastik bawak balik. Laku betul la kan.

Saiz hidangan atau portion sepinggan mee rebus tersebut banyak pun tak, sikit pun tak. Elok-elok ja. Saya suka akan kuahnya yang pekat. Sekejap ja saya habiskan sampai licin pinggan hehe. Kami berdua puas hati.

*mr. sharing-is-caring

No comments:

Post a Comment