Thursday 10 November 2011

Johnny's Restaurant: Jusco Taman U Shopping Centre

Semalam kami ke Johnny’s Restaurant yang terletak di Jusco Taman Universiti Shopping Centre. Ada dua lagi cawangan restoran yang sama di Johor ni. Kalian boleh tengok lokasinya di sini. Kami berdua ke Skudai sebenarnya bertujuan untuk menjayakan Chopsticks Challenge antara kami yang telah lama tertangguh :)

Mamat tu pelik kot saya snap gambar depan kedai :)

Restorannya terletak di dalam pusat membeli-belah maka ia selesa berhawa dingin dan bersih.



Sesudah duduk dan membuat perbincangan kecil, kami memilih Thai Steamboat Set B untuk dua orang makan berharga RM 29.90 serta tambahan RM 10 untuk kuah tomyam.



Miss S-I-B sedang memulakan upacara nak makan ;)

Gaya seorang champion hehe

Seperti gambar di atas, setelah semua bahan mentah dimasukkan ke tempatnya, kami tunggu seketika untuk ia masak elok dan seterusnya chopsticks disambar maka bermulalah “cabaran makan dengan chopsticks” kami.

Nampaknya Miss S-I-B memang pandai guna chopsticks manakala saya pula terkial-kial nak kepit. Akhirnya saya yang dulu mengangkat bendera putih dan menyerahkan kemenangan mutlak kepada Miss S-I-B :)

Bahan yang disediakan awalnya nampak sikit ja tapi bila dah habis makan, bole tahan kenyangnya. Personally, saya rasa harga menu tersebut agak mahal memandangkan steamboat lain di luar sana boleh dinikmati cuma dengan RM 18.50 sahaja yang mana konsepnya all you can eat, makan selagi mampu makan! Namun begitu, kami berdua puas hati jugak la makan kat Johnny's ni. Yang pasti, sos cicah dia memang sedap!

*mr. sharing-is-caring

No comments:

Post a Comment